Iklan A

04 Disember, 2012

Bongkar!! Keluarga Pak Lah Terlibat Pembekalan Meter TNB

PETALING JAYA 4 Dis: KEADILAN hari mendedahkan keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam pembekalan meter melalui program penggantian meter analog kepada elektronik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengerusi Biro Pelaburannya, Wong Chen berkata, syarikat Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd yang dimiliki Noor Asiah Mahmood, adik kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarhamah Tun Endon Mahmood, memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd, salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut kepada TNB.

Menurutnya, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeeTha), Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88 bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun.

“Kajian kami menunjukkan TNB mempunyai 8.03 juta pengguna sekarang dan harga purata setiap meter adalah RM250.

“Justeru, program ini berpotensi mencapai sehingga RM2 bilion. Untuk tahun kewangan 2012, hasil TNB daripada semua pengguna adalah RM34.4 bilion,” katanya pada sidang di ibu pejabat parti, di sini hari ini.

“Jika meter elektronik ini memberi peningkatan konservatif dua peratus, beban tambahan pengguna adalah sebanyak RM688 juta setahun.

“Memandangkan jangka hayat meter ini adalah 10 tahun, pengguna akhirnya akan membayar sehingga RM688 bilion kepada TNB bagi tempoh itu,” jelas Wong Chen dipetik Malaysian Insider. ~kd




Iklan C(ii)



Tiada ulasan:

Ikut Saya Untuk Tegakkan Negara Berkebajikan