Bukti DAP Sokong Calon PAS Jadi Ketua Menteri Melaka

18 Januari, 2012

Gempar!! Ucapan Najib Hina Sahabat Rasulullah S.A.W?

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Institut Wasatiyyah dan ramai yang menyambutnya dengan baik termasuklah Persatuan Ulama Malaysia. Beliau mengumumkannya dalam perhimpunan persidangan antarabangsa Pergerakan Moderat Global (ICGMM). Persidangan tersebut di rasmikan oleh Datuk Seri Najib semalam.

Datuk Seri Najib sejak tahun 2010 sering mempromosikan fahaman kesederhanaan dan menolak apa yang dikatakan sebagai ekstrem. Apakah yang dimaksudkan oleh beliau dengan fahaman 'Ekstrem' ? Lihat antara petikan beliau dalam ucapan semalam:

"Daripada meraikan kesucian hidup , seperti yang dituntut semua agama, golongan ekstrem menekankan kepada kemenangan selepas mati"

Kenyataan tersebut di atas membuatkan saya terfikirkan apakah pendapat Perdana Menteri terhadap para sahabat Nabi yang berjuang untuk mengakkan Islam dan amat mencintai syahid. Para sahabat sering mengigaukan mati di medan perang dan sentiasa menyambut seruan jihad dengan girang apalagi ianya sentiasa digalakkan oleh Rasulullah bahawa mereka yang syahid mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah.

Apakah ucapan Perdana Menteri itu menempelak para sahabat dan galakan Rasul untuk lebih mengutamakan kehidupan selepas mati? apa kata para ulama? Bagi saya ia merupakan satu penghinaan terhadap perjuangan Nabi dan para sahabat yang mementingkan kemenangan selepas mati sehingga amat mencintai syahid dan kenyataan tersebut tidak menghargai pengorbanan para sahabat yang memegang sikap berani mati demi memastikan Islam sampai kepada kita sehingga hari ini. ~wartashubhi

Addin :

Sekiranya apa yang diucapkan oleh Najib benar-benar berlaku. Ianya perlu ditegur dan diperbetulkan kembali oleh alim ulama, Addin khuatiri ianya akan mewujudkan pemahaman yang salah terhadap agama Islam di kalangan masyarakat. Kesederhanaan yang di anjurkan oleh Islam masih berpaksikan Al-Quran dan Hadis bukan hanya berdasarkan tafsiran akal fikiran manusia semata-mata.

2 comments:

cekli@abg chor berkata...

Orang pertama yang wajar disarankan ialah Rosmah......KESEDERHANAAN

azmie berkata...

tompang lalu aku nak memaki hamun sikit. memang betol itu la yg diucapkan haram jadah tu, cuba carik point no 15 dia. bukan setakat menghina sahabat lg, menghina ayat Allah yg mengatakan "sesungguhnya akhirat itu lebih utama" memang haram jadah haji express ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...