![]() |
| Bukti DSAI pernah menunaikan haji |
Di sebalik segala segala kontroversi yang mengiringi pemergian Najib dan rombongannya ke Mekah menunaikan rukun Islam ke 5, terselit juga sindiran kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri tidak pernah menunaikan fardhu haji tapi sibuk mempersoalkan Najib pula. Sindiran ini semakin panas apabila secara kebetulan dalam waktu yang sama Najib ke Mekah, Datuk Seri Anwar mengadakan perbincangan sehari dengan Al-Gore, Mitch Kapor dan Jonathan Nash di London.
Dalam balasan twitter kepada seorang followernya, Datuk Seri Anwar telah menjelaskan bahawa beliau telah pun 2 kali menunaikan haji di Mekah.
Dalam balasan twitter kepada seorang followernya, Datuk Seri Anwar telah menjelaskan bahawa beliau telah pun 2 kali menunaikan haji di Mekah.
Dalam ceramah dihadapan 200 orang penduduk Kampung Sri Jaya, Serom 8 Tangkak Johor 2 malam yang sudah, Datuk Seri Anwar sekali membuat mengulangi penegasan yang sama. Cuma menurut Datuk Seri Anwar, beliau bukanlah jenis orang yang suka membuat kecoh mengenai pemergiannya ke Mekah sebab itu tidak ada liputan media mengenainya dibandingkan dengan Najib yang meriah dengan publisiti dan lengkap dengan kawalan ketat oleh pasukan keselamatan Arab Saudi apabila tiba disana.
Walaupun Datuk Seri Anwar tidak suka mengembar gemburkan pemergiannya ke tanah suci, penulis berasa terpanggil untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa sememangnya Datuk Seri Anwar pernah menunaikan haji di Mekah bagi membetulkan salah tanggap sesetengah rakyat Malaysia terhadap beliau
Melalui sumber yang sahih dan boleh dipercayai, laman ini telah berjaya memperolehi sekeping gambar yang membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar sememangnya pernah menunaikan haji di Mekah. Sumber penulis bagaimanapun tidak pula menyatakan tarikh gambar ini diambil.
Tak mengapalah, yang penting kehadiran gambar ini sudah cukup membuktikan bahawa sememangnya Datuk Seri Anwar pernah menunaikan haji di Mekah. Harapannya isu ini tidak lagi menjadi isu dimusim haji akan datang.

5 comments:
ramai penyokong umno katakan gambar ni fake, klu betul fake.. maknanya dsai mmg xde gambar pg haji, maknanya dsai xmcm pemimpin umno yg pg haji dan bergambar utk di canang satu dunia.. menunjuk2 pg haji.. utk publisiti..apa maknanya? tiada keberkatan.. tu yg blk haji w'pun 10 kali tp masih menentang Allah S.W.T.. menentang Islam.. menentang hukum hudud!!
tu waktu buat umrah bukan haji
xpelah.....hanya ALLAH s.w.t sahaja yang tahu kebenarannya........kita sama2lah berdoa agar diberikan petunjuk dan memudahkan urusan agar yang difitnah mendapat kebenaran.
janganlaa plak samakan pegi umrah dgn haji wahai..sudah terang lg b'suluh kot..gmbr pn nmpk sgt xreal..xperlu nk buktikan pape pn..yg penting diri sendiri(DSAI) kene jujur...hny DSAI dan Allah yg tahu akan kebenarannya..
Semua salahkan sahajalah UMNO, senang. Bila blogger kerajaan guna gambar ni, semua penyokong pembangkang melalak kata mereka photoshop.
Bukan bererti riak atau canang sana sini, tapi setiap orang yang pergi ke sana, pasti ada satu dua gambar sebagai kenangan peribadi.
Hm, nampak gaya, sejak dibebaskan 2004, tak pernah lagi musim haji kita dengar Anwar Ibrahim pergi. Tapi dia cakap dah pergi 2 kali. Tak apalah, bersangka baik sahajalah sesama Islam.
Cuma, kalau dia hanya menipu, Tuhan itu Maha Mengetahui. Dan blogger sendiri tidak pasti akan kesahihan gambar ini, beserta dengan tarikhnya, dan dengan siapa Anwar pergi. Mana gambar Kak Wan, yang sudah pasti menemani dia sekali bukan?
Catat Ulasan